Garis Panduan Komuniti
Bermain Gems of War dan/atau Puzzle Quest 3 telah menghimpunkan kita semua di sini. Kita mempunyai banyak perkara untuk dibincangkan, sama ada tentang permainan itu sendiri atau perkara lain yang kita minati. Namun yang penting, kita juga berada di sini untuk membina komuniti yang mesra, inklusif dan paling penting, selamat!
Apakah rupanya itu?
Ia bermaksud menghormati orang lain, melayan mereka dengan baik dan sabar, serta melakukan apa yang mampu untuk memastikan diri kita dan satu sama lain selamat.
Moderator/pembangun kami berhak (mengikut budi bicara mereka) untuk membuang, menyunting, memindahkan dan mengunci siaran/rantaian serta mengeluarkan amaran bagi pelanggaran Garis Panduan Komuniti berikut.
Di manakah garis panduan ini terpakai?
Garis Panduan ini boleh meliputi aktiviti dalam permainan seperti Sembang Global dan Sembang Guild, serta mana-mana platform rasmi Gems of War, Puzzle Quest 3 atau Infinity Plus 2 yang lain.
Kelakuan Toleransi Sifar
Kelakuan tertentu menjelaskan dengan nyata bahawa seseorang tidak tergolong dalam komuniti kami. Kelakuan sedemikian akan mengakibatkan larangan tanpa amaran.
Ini termasuk:
Ucapan kebencian.
Sebarang perbincangan yang melibatkan eksploitasi seksual atau penderaan kanak-kanak bawah umur.
Berkongsi maklumat peribadi orang lain.
Perbincangan yang jelas dan/atau terperinci secara seksual. Ini juga termasuk berjanji temu atau cubaan untuk berjanji temu.
Ancaman keganasan fizikal atau seksual, atau doxxing
Bersikap hormat
Termasuk tetapi sememangnya tidak terhad kepada ucapan kebencian, perkauman, kefanatikan, homofobia atau transfobia, diskriminasi terhadap OKU, seksisme, antisemitisme, membuat komen atau menghina satu sama lain, dan sebarang bentuk buli lain.
Membuat ancaman, seperti mengancam keganasan fizikal, menghantar laporan pemain palsu, doxxing atau sebarang perkongsian maklumat peribadi.
Perbincangan agama, politik atau kontroversi lain dalam kehidupan sebenar.
Sengaja menyiarkan bahan yang boleh memudaratkan kesihatan mental seseorang. Seperti membincangkan bunuh diri, mencederakan diri sendiri, memberikan maklumat tentang cara melakukan salah satu daripada perkara ini atau mendorong seseorang untuk mengambil tindakan tersebut. Juga membincangkan topik yang boleh menjadi pencetus bagi orang lain seperti berkongsi pengalaman serangan, sengaja membincangkan fobia seseorang, menggambarkan tindakan keganasan dan sebagainya.
Kata-kata kesat
Mencarut
Sengaja mengelakkan penapis dalam permainan
Kandungan NSFW termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sembang janji temu, lakonan watak NSFW, rujukan seksual atau penerangan tentang apa-apa yang dianggap sebagai kandungan 18+.
Merujuk kepada dadah atau penggunaan dadah, atau penggunaan alkohol secara berlebihan.
Kami mempunyai keluarga yang ingin menikmati atau berkongsi permainan kami dengan anak-anak mereka. Marilah kita kekalkan suasana yang bersih. Jika anda tidak pasti, jangan siarkannya.
Selain itu, semua sembang dibaca dalam konteks perbincangan.
Tingkah Laku Mengganggu atau Konfrontasi
Mengganggu permainan orang lain.
Menghantar spam, menyiarkan mesej yang sama berulang kali, membanjiri sembang atau rantaian dengan siaran berulang.
Menyertai dan meninggalkan Guild dengan niat jahat, atau menyertai Guild untuk sengaja menendang ahli Guild sedia ada dan membubarkan Guild.
Sengaja menyelewengkan rantaian atau topik.
Mencetuskan pertengkaran atau memusuhi satu sama lain.\
Menukar nama Guild, butiran Guild, nama Hero atau nama Pet anda kepada nama pemain lain atau untuk menyindir seseorang/Guild lain atau sengaja mencetuskan drama.
Menyiarkan kemarahan atau luahan. Jika anda mempunyai maklum balas untuk dikongsi, kami ingin mendengarnya! Namun, kami tidak dapat mengambil tindakan tanpa maklum balas yang membina, jadi perincikan isu tersebut, kongsi pengalaman anda dan sebarang cadangan yang anda ada untuk menambah baik pengalaman anda.
Pelaporan palsu
Melaporkan pemain sama ada di forum atau dalam Sembang Dunia kerana menipu/spam/sembang tidak sesuai dan sebagainya
Sengaja melaporkan isu palsu
Menandakan rantaian atau siaran secara tidak perlu
Ini termasuk menandakan siaran/rantaian anda sendiri untuk memadamkannya.
Sengaja menandakan maklum balas atau rantaian luar topik sebagai laporan pepijat untuk “mendapatkan perhatian” pasukan pembangunan.
Privasi
Menyiarkan tangkapan skrin atau pautan kepada mesej peribadi atau mesej langsung. Ini juga termasuk respons Sokongan daripada tiket.
Berkongsi maklumat peribadi anda sendiri, maklumat pemain lain atau pembangun. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada nama sebenar, e-mel peribadi, nombor hubungan, alamat, pautan kepada foto peribadi dan alamat IP.
Menjual akaun atau Guild/Kingdom.
Aduan
Menyindir Guild/Kingdom atau pemain tertentu, sama ada kerana menipu atau melanggar Garis Panduan Komuniti.
Interaksi dengan Pembangun
Menyamar sebagai ahli pasukan pembangunan.
Menandai ahli pasukan pembangunan berulang kali, atau semua ahli serentak.
Menyebarkan maklumat palsu, seperti berkongsi petikan di luar konteks atau yang telah disunting.
Mengecam pembangun termasuk tetapi tidak terhad kepada membuat ancaman untuk menyerang kakitangan atau merosakkan studio kami, penghinaan dan kata-kata kesat.
Semua garis panduan yang dikenakan kepada pemain lain juga terpakai pada interaksi anda dengan pasukan pembangunan.
Pada akhirnya, kami ialah orang yang hanya membuat permainan yang kami suka dan kami bekerja keras untuk melakukannya. Kami juga mahu datang bekerja dengan rasa selamat dan dihormati. Kami menyokong sepenuhnya perkongsian minat dan maklum balas anda untuk permainan yang kami cipta, tetapi hendaklah dilakukan secara membina.
Jika anda mempunyai isu dengan ahli pasukan, anda dialu-alukan untuk menghantar tiket kepada Sokongan dan ahli kanan pasukan akan menyemak serta menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut.
Spoiler & Kandungan Belum Dikeluarkan
Berkongsi spoiler dibenarkan selagi orang tahu bahawa spoiler itu ada. Jika boleh, tandakan rantaian dan teks itu sendiri sebagai spoiler.
Mengemukakan laporan pepijat atau aduan tentang maklumat yang belum diumumkan secara rasmi dan ditemui melalui penggalian data.
Terdapat banyak data dan maklumat yang boleh ditemui, dan kami tahu anda teruja untuk ia dikeluarkan, tetapi banyak kandungan ini masih sedang diuji, diseimbangkan atau hanyalah pemegang tempat! Jika anda menemui apa-apa dan mempunyai sebarang kebimbangan, sila hubungi Sokongan.
Had PG-13
Kadangkala terdapat perkara yang dikatakan tidak jelas melanggar garis panduan sedia ada kami. Walau bagaimanapun, terdapat keadaan apabila sesuatu mungkin tidak secara teknikalnya melanggar peraturan, tetapi masih memudaratkan, tidak sesuai atau sebaiknya tidak disebut dalam kalangan yang sopan.
Di sinilah had PG-13 digunakan. Kami mahu anda berseronok dan dapat mengekspresikan diri, tetapi jika kami merasakan sesuatu telah melampaui had ini dengan ketara, anda mungkin dikenakan larangan. Cara yang baik untuk menilainya adalah dengan memikirkan perkara berikut:
Adakah saya menyiarkan ini untuk nilai kejutan? Jika ya, mungkin lebih baik jangan siarkannya.
Adakah saya cuba memancing seseorang ke dalam pertengkaran? Jika ya, mungkin tidak.
Adakah kebanyakan orang akan selesa jika anak-anak mereka membaca ini?
Jika tidak, jangan siarkan perkara itu.
Tambahan Forum
Kekalkan perbincangan pada topik jika boleh dan dalam rantaian yang berkaitan. Kami tidak kisah perbualan umum dalam topik yang berkaitan atau sembang dalam permainan, tetapi jika anda membincangkan sesuatu yang peribadi, itu mungkin bukan tempat terbaik untuknya.
Sila pastikan maklum balas, pelaporan pepijat dan Perekrutan Guild berada dalam kategori yang berkaitan.
Penggodaman dan Penipuan
Penggodaman, penipuan, emulator, eksploitasi dan penggunaan alat/perisian pengubahsuaian pihak ketiga, makro serta kekunci pintas tidak dibenarkan dalam permainan kami. Melakukannya boleh menyebabkan akaun anda dilarang serta-merta.
Mana-mana akaun yang dilarang atau dilaporkan untuk siasatan kerana menipu akan disemak oleh ahli pasukan Sokongan kami. Jika anda merasakan bahawa anda telah dilarang secara tersilap, anda boleh mengemukakan rayuan larangan melalui halaman Sokongan kami.
Sila ingat bahawa sebarang keputusan yang dibuat selepas menghubungi Sokongan adalah muktamad.
Apakah akibat melanggar Garis Panduan Komuniti ini?
Keterukan tingkah laku pemain akan menentukan amaran atau tempoh larangan mereka. Sila maklum bahawa jika ahli pasukan mendapati tindakan seseorang melanggar Garis Panduan Komuniti kami secara melampau, kami boleh mengenakan larangan kepada pemain itu tanpa memberikan amaran atas tindakan mereka. Tempoh larangan ini akan mencerminkan tindakan mereka dan tertakluk pada budi bicara kami.
Pada akhirnya, jika semua orang saling menghormati, Garis Panduan Komuniti ini tidak akan mengubah interaksi anda langsung dan tidak akan menjejaskan anda. Dan kebanyakan orang dalam komuniti sudah pun bersikap baik.
Namun, ini diwujudkan untuk melindungi anda dan orang di sekeliling anda dalam Komuniti agar kita boleh terus berseronok, kekal selamat dan berkembang!