Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang seorang pemain atau Guild, atau berinteraksi dengan mereka, lihat profil mereka.

Pemain atau Guild boleh dipilih dalam permainan untuk melihat maklumat tentang statistik dan gaya permainan mereka.


Profil Wira

Profil Wira memberikan gambaran keseluruhan tentang statistik dan kemajuan permainan seseorang. Lihat profil pemain dengan memilih nama mereka di mana-mana sahaja ia muncul dalam permainan, seperti Senarai Guild, sembang dalam permainan atau mana-mana Papan Pendahulu.

Profil Wira mempunyai 3 bahagian:

Keseluruhan

Bahagian ini menunjukkan Pasukan yang paling kerap digunakan oleh pemain, bilangan Pasukan yang mereka miliki, Kerajaan Asal mereka dan bilangan Kerajaan yang telah mereka buka. Ia juga menunjukkan Perisai Guild, nama Guild mereka, Gelaran yang mereka pegang dalam Guild mereka, tempoh mereka berada dalam Guild tersebut serta bila dan di mana mereka terakhir dilihat di Krystara.

Daripada skrin ini, anda boleh memilih untuk melihat profil Guild pemain, melawan pemain itu, menjemput mereka ke guild anda sendiri atau menyekat mereka supaya anda tidak lagi melihat mereka dalam sembang.

PvP

Pada skrin PvP Profil Wira, anda boleh melihat keputusan PVP mingguan pemain dan Keputusan Keseluruhan mereka sepanjang mereka bermain permainan ini.

Dunia Bawah Tanah

Pada skrin Dunia Bawah Tanah, anda boleh melihat jumlah Kemasyhuran Faksi pemain, bilangan Faksi yang telah dibuka dan beberapa statistik Timbunan Harta mereka. Faksi yang dipaparkan ialah 3 Faksi pemain dengan Kemasyhuran tertinggi.


Profil Guild

Pada profil Guild, anda boleh melihat statistik sesebuah Guild dan syarat yang mereka tetapkan untuk ahli mereka. Jika anda bukan sebahagian daripada Guild dan Guild tersebut tidak menetapkan "Sertai melalui jemputan sahaja", akan ada pilihan untuk menyertai Guild tersebut.

Anda boleh melihat profil Guild dengan memilih Guild di mana-mana sahaja Guild muncul dalam permainan, contohnya, dengan mengklik Perisai Guild pada Profil Wira pemain atau dengan memilih Guild pada mana-mana Papan Pendahulu Guild.

Adakah ini membantu?