Main Automatik
Kami telah menambah cara yang serba baharu untuk menjalankan pertempuran dalam Gems of War. Main Automatik akan membolehkan pemain yang dikawal AI mengambil alih permainan untuk anda dalam mod permainan tertentu.
Main Automatik akan tersedia untuk digunakan oleh semua orang dan akan membolehkan AI bermain bagi pihak pemain dalam sesuatu pertempuran. Ciri ini boleh diaktifkan dalam pertempuran daripada menu lungsur yang turut mengandungi Sembang dan Kelajuan Permainan.

Main Automatik hanya boleh digunakan dalam pertempuran Teroka dan Cabaran, dan semasa ia berjalan, kelajuan permainan akan dikunci pada kelajuan 1.5x.

Ciri Main Automatik hanya akan berjalan untuk 1 pertempuran, jadi ia perlu dipilih semula untuk pertempuran seterusnya.
Pemain boleh membatalkan Main Automatik dengan mengetik butang Jeda di penjuru kiri atas; butang ini menggantikan butang anak panah lungsur semasa Main Automatik sedang berjalan.


Adakah ini membantu?