Jenis Skrol
Skrol dimenangi sebagai ganjaran dalam pertempuran Menara Kiamat dan digunakan untuk membantu anda serta Guild anda maju dalam acara ini.
Skrol dan kesannya
Cara menggunakan Skrol
Kebanyakan Skrol menggunakan kesannya secara automatik apabila anda menerimanya (seperti Berkat), namun terdapat 3 jenis Skrol yang boleh anda pilih untuk digunakan apabila anda mahu.
Skrol Bola Api
Skrol ini akan memenangi pertempuran Menara Kiamat biasa serta-merta supaya anda dapat menjimatkan Sigil dan masa. Untuk menggunakan Skrol Bola Api, pilih mana-mana Bilik Menara Kiamat biasa dan pilih butang Gunakan Skrol untuk menggunakan Skrol Bola Api anda.
Skrol Kepahlawanan
Skrol ini boleh digunakan untuk memenangi pertempuran Kiamat dalam bilik Bos serta-merta. Pilih pertempuran Kiamat dan pilih butang Gunakan Skrol. Walaupun bilik Bos mungkin kelihatan dikelabukan, anda masih boleh memilih Bilik tersebut untuk menggunakan Skrol Kepahlawanan.

Skrol Tempa
Skrol Tempa digunakan untuk menaik taraf (atau Menempa) Senjata Kiamat. Ia diterima daripada semua pertempuran Kiamat sehingga dan termasuk Tingkat 25 Menara Kiamat serta disimpan dalam inventori anda.
Untuk maklumat lanjut tentang menaik taraf Senjata Kiamat, sila lihat artikel ini.















